Laman

Sabtu, 11 Desember 2010

Bijak 3

*Jangan memandang ke bawah (untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak) sebelum memulakan langkah .Hanya mereka yang menetapkan pandangan  ke arah horizon yang jauh dihadapan nya yang akan menemui jalan benar.
*Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya.
 *Sahabat sejati dan setia adalah lebih bernilai dari semua emas di dunia ini.
*Lebih mudah menukarkan status seorang sahabat menjadi kekasih daripada (bekas) kekasih menjadi sahabat.
*Bangsa yang tidak percaya kepada kekuatan dirinya sebagai sesuatu bangsa, tidak dapat berdiri sebagai suatu bangsa merdeka -Soekarno

Bijak 2

*Di balik keindahan  senyum dan tawa, seseorang insan itu mungkin dilanda kepahitan dan kekecewaan yang tidak diketahui orang lain.
*Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti .
*Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar pada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya

*Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk negara
*Jangan mengharapkan kebaikan dari orang yang tidak mengharapkan kebaikan dari kamu.
*Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil
*Memohon doa kepada Tuhan adalah laksana samudera yang dapat mencapai setiap sudut pantai keperluan hidup manusia
*Sesuatu khayalan kadang-kadang menjadi realiti

Bijak1

*Menghitung orang-orang gila di suatu negeri lebih sulit daripada menghitung orang-orang yang berakal. 
*Orang yang paling tidak bahagia ialah mereka yang paling takut pada perubahan .
*Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, yaitu kerja dan bukannya usia.
*Kecantikan hanya sedalam kulit, tetapi masuk ke dalam tulang .
*Kita patut berkorban supaya orang lain juga merasai kemanisan hidup.
*Keruntuhan keluarga telah melahirkan generasi yang lemah ,
*Rahsia untuk berjaya ialah menghormati orang lain
*Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan